Latar belakang Osman Ali

Osman memulakan kerjaya dalam industri perfileman sejak 1999 kerana dorongan serta minat yang mendalam sejak dari kecil. Beliau mula menulis skrip semasa di bangku sekolah lagi dan menjadikan rakan-rakannya sebagai 'juri' untuk setiap helaian skrip yang dihasilkannya. Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur setelah menamatkan pengajian, beliau berpeluang berkenalan dengan mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang perfileman.[1]